TEHRAN - Kementerian Luar Colombia pada Isnin menuntut duta Israel 'meminta maaf dan keluar' selepas beliau mengkritik Presiden Gustavo Petro kerana kenyataannya mengenai konflik Israel-Palestin, lapor Agensi Berita Iran (IRNA).
Petro telah berkongsi beberapa hantaran mengkritik rejim Israel di media sosial sejak konflik bermula pada 7 Oktober.
Presiden Colombia itu dalam satu hantaran di X menuduh rejim Israel menggunakan bahasa mengenai rakyat Gaza yang serupa dengan apa yang dikatakan oleh pihak Nazi mengenai orang Yahudi, lapor France 24.
Sebagai tindak balas kepada kenyataan Petro, rejim Zionis pada Ahad mengumumkan penggantungan eksport berkaitan keselamatan ke Colombia.
Berikutan langkah rejim itu, Presiden Petro mengancam untuk memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel dan menekankan bahawa negaranya tidak akan menyokong genosid rakyat Palestin.
"Jika kita perlu menggantung hubungan luar dengan Israel, kita akan melakukannya. Kami tidak menyokong genosid,” Colombia Reports memetik Presiden Colombia sebagai berkata pada Isnin.
Presiden juga meminta kerajaan Amerika Latin lain bersolidariti dalam isu itu, menurut laporan itu. - Bernama