Curi beg ketika sujud terakhir di masjid

Iklan
Sebahagian barang milik mangsa yang berjaya ditemukan semula.

MELAKA TENGAH - Kegembiraan seorang lelaki yang mencuri beg seorang wanita di sebuah masjid di Bukit Baru Jumaat lalu, hanya sementara apabila dia ditahan polis di sebuah rumah di Bukit Lintang di sini, awal pagi semalam.

Pemuda berusia 23 tahun itu ditahan jam 2.30 pagi selepas disyaki terbabit dengan kejadian curi beg milik seorang wanita berusia 38 tahun ketika mangsa menunaikan solat di masjid berkenaan.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, ketika kejadian, mangsa yang bekerja sebagai juruukur bahan sedang menunaikan solat Isyak.

"Ketika berada di sujud terakhir mangsa terasa kepalanya disentuh. Mangsa yang terkejut, segera bangun dan nampak suspek mengambil beg tangan miliknya.

Iklan

"Wanita itu cuba mengejar suspek namun tidak berjaya dan suspek melarikan diri bersama beg tangan mangsa dengan menaiki sebuah kenderaan Perodua Kancil,” katanya.

Menurutnya, bertindak atas maklumat awam, suspek kemudian berjaya ditahan dan beg tangan milik mangsa ditemukan.

Iklan

"Hasil semakan awal mendapati suspek mempunyai empat rekod jenayah dan tiga berkaitan kes dadah. Suspek direman selama empat hari sehingga 10 Januari bagi membolehkan siasatan lanjut di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan dijalankan,” katanya.