Terlalu awal Argentina tanpa Messi

Iklan
MESSI - Foto AFP

PENGENDALI Argentina, Lionel Scaloni menyifatkan masih terlalu awal untuk juara dunia itu memulakan perancangan tanpa khidmat tonggak Lionel Messi.

Sebaliknya jelas Scaloni, kapten La Albiceleste itu boleh kembali memperkuatkan cabaran menjelang perlawanan kelayakan Piala Dunia 2026 Zon Amerika Selatan menentang Peru di Estadio Nacional del Peru pada Rabu.

Iklan
Iklan

"Mari kita ingat bahawa dia masih di sini kerana dia masih aktif lagi. Kemudian baharulah kita fikir cara lain apabila dia sudah tidak lagi bermain,” kata Scaloni sama ada Argentina harus membiasakan diri bermain tanpa Messi.

Sementara itu, Scaloni percaya para pemain La Albiceleste sentiasa berusaha bermain pada tahap 100 peratus dalam setiap perlawanan.

Iklan

"Hari ini sangat sukar untuk semua orang berada pada tahap terbaik masing-masing dalam setiap perlawanan seperti ketika berdepan Paraguay.

"Namun sesiapa sahaja pemain yang berada di atas padang, sentiasa akan memberikan aksi terbaik masing-masing, itu perkara yang paling penting,” kata Scaloni menjelang perlawanan di Lima itu.

Iklan