Program Melabuh Tukun Tiruan X-To-Reef

Iklan
Pekerja menurunkan tukun tiruan pada Program Melabuh Tukun Tiruan X-To-Reef di Pulau Kapas hari ini.

Projek X-to-Reef adalah pengubahsuaian paip besi dasar laut milik Petronas yang akan dilupuskan, tetapi digunakan semula untuk dijadikan tukun tiruan yang berperanan sebagai perumah kepada sumber hidupan marin lautan.

Kos keseluruhan dalam pembuatan 10 unit struktur tukun tiruan ini adalah berjumlah RM2.1 juta dengan pecahan kos peruntukan sebanyak RM1.2 juta daripada pihak SC Tubular Solution Malaysia Sdn Bhd (SCTSM) dan RM900,000 daripada pihak Petronas Malaysia.