SEREMBAN - Dua anggota tentera antara tiga individu dihadapkan ke Mahkamah Majistret Rembau dekat sini pada Selasa atas pertuduhan memiliki dadah di sebuah kediaman di Gemas, Tampin, minggu lepas.
Kedua-dua anggota tentera, Mohd Azizan Mohd Yusof, 28; dan Mohd Fanddi Kusnin, 35; serta seorang lagi yang bekerja sebagai buruh, Chean Boon Kok, 28; mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Kartini Kasran.