Pengarca Tugu Negara

Iklan

Selepas hampir 46 tahun berlalu, empat pengarca yang terlibat membaik pulih Tugu Negara berkumpul semula di sini untuk mengimbau kembali ketika mereka melaksanakan tugas membaik pulih monumen bersejarah itu selepas rosak teruk dibom oleh pengganas komunis pada tahun 1975.

Mereka terdiri daripada bekas pensyarah dari Institut Teknologi Mara (ITM), (kini Universiti Teknologi Mara (UiTM), Christopher Bartley Carney, 74 bersama tiga lagi bekas graduan Fakulti Seni Kreatif UiTM iaitu Abdul Mansoor Ibrahim, 71, Abdul Mukti Jantan, 73 dan Zolkeply Maulana, 69.

Iklan
Iklan

Tugu Negara, yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Malaysia Pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj pada 1963 dibina sebagai memperingati semua pahlawan yang gugur dalam peperangan mempertahankan kedaulatan negara.

Mengimbau kembali memori itu, Abdul Mukti berkata projek itu yang bermula pada tahun 1977 itu mengambil masa kira-kira setahun satu minggu dan memerlukan kreativiti, kesabaran serta ketekunan kerana terpaksa membaik pulih ratusan serpihan Tugu Negara yang rosak. - Foto Bernama

Iklan
Iklan