Tantrum OKU tak dirawat boleh jadi kecelaruan personaliti

Iklan
OKU mampu berniaga melalui pengurusan tingkah laku yang betul.

KOTA BHARU - Tantrum dalam kalangan anak-anak orang kurang upaya (OKU) yang tidak dirawat boleh bertukar parah ke tahap kecelaruan personaliti apabila dewasa.

OKU terutama dalam kategori intektual sebenarnya mempunyai potensi besar, unik dan tersendiri sekiranya mereka diurus dengan pengurusan tingkah laku yang tepat.

Iklan
Iklan

Pegawai Pemulihan Perubatan (Carakerja) Pusat Tranformasi OKU, Universiti Sains Malaysia-Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (USM-MAIK), Siti Shaikhah Aziz berkata, tingkah laku OKU yang diurus dengan betul terutama dalam aspek emosi akan menghindarkan kelakuan mencabar atau ekspresi berlebihan hingga mencederakan diri sendiri dan orang lain.

Siti Shaikhah Aziz

Katanya, ibu bapa dan penjaga OKU seterusnya wajar melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan selain merujuk pakar-pakar psikiatri serta psikologi yang bertauliah.

Iklan

"Ada lagi ibu bapa yang malu untuk tampilkan diri kerana anak-anak mereka OKU dengan pelbagai alasan termasuk status atau jawatan.

"Mereka sebenarnya boleh mengubah tantrum seperti menggigit, memukul dan menangis dengan teknik terapi tingkah laku OKU bagi menggelak keadaan lebih teruk iaitu kecelaruan personaliti,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di sini, pada Selasa.

Iklan

Beliau yang juga Pengarah Projek Bengkel Tantrum Ketahui Teknik Pengurusan Tingkah Laku itu selanjutnya mengajak kumpulan penjaga dan pendidik OKU untuk menyertai bengkel bagi mendapatkan lebih pemahaman.

Menurut Siti Shaikhah, bengkel tersebut akan diadakan selama dua hari di Kompleks Islam Jubli Perak, Panji di sini pada 18 dan 19 November ini.

"Tiga panel dari Hospital USM akan terlibat iaitu, Pakar Psikiatri, Dr Norzila Zakaria, Pakar Psikologi Klinikal, Profesor Madya Dr Azizah Othman dan Jurupulih Carakerja, Norhayati Mohd Noor.

Pusat Tranformasi OKU USM-MAIK di Kubang Kerian, Kota Bharu.

"Yuran penyertaan hanya RM300 dan boleh menghubungi 011-17980608 (Mimi) untuk maklumat lanjut dan pendaftaran,” kata beliau.

Untuk rekod, berdasarkan statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), terdapat 45,000 OKU pelbagai kategori berdaftar di Kelantan dan hanya 350 yang mendapatkan perkhidmatan di pusat tranformasi berkenaan sejak dirasmikan pada Oktober 2022.

Antara yang ditawarkan di pusat itu ialah Program Latihan Pekerjaan OKU Intelek, Program Modifikasi Khas Kerusi Roda USM-RICD, Program Pertanian Komersial OKU Intelek, Program Pertubuhan Program Pemulihan Dalam Komuniti, Pusat Latihan Pertanian OKU Intelek USM-JKM dan Taska Auliya OKU.