O'Keeffe dari New Zealand kendali aksi England, Afrika Selatan

Iklan
Ben O'Keeffe - Foto AGENSI

BEN O'Keeffe dari New Zealand akan mengadili perlawanan separuh akhir ragbi Piala Dunia Perancis 2023, England menentang penyandang juara Afrika Selatan pada Ahad, kata Ragbi Dunia, walaupun mendapat kritikan berikutan prestasinya semasa aksi suku akhir Springboks menentang tuan rumah, Perancis.

Sementara itu, pengadil Australia, Angus Gardner akan mengadili satu lagi aksi separuh akhir antara Argentina dan New Zealand pada Sabtu.

Iklan
Iklan

O'Keeffe sebelum ini dikritik hebat kapten Perancis, Antoine Dupont apabila didakwa terlalu berkompromi ketika Afrika Selatan menang 29-28 menentang Les Bleus pada Isnin.

"Sukar untuk bercakap mengenai perkara pada masa ini tetapi terdapat beberapa perkara yang jelas yang sepatutnya (wisel) ditiup tetapi tidak ditiup.

Iklan

"Namun sejujurnya, saya tidak pasti apakah ini situasi yang dipersembahkan apabila perlawanan memasuki fasa kemuncak kejuaraan," kata Dupont.

Beberapa keputusan O'Keeffe dalam perlawanan suku akhir di Stade de France tersebut juga mendapat kritikan para pemain tuan rumah.

Iklan

Sebagai rekod, O'Keeffe dan Gardner dipilih mengadili perlawanan separuh akhir Piala Dunia selepas pegawai pertandingan dari Afrika Selatan, Jaco Peyper tidak dipertimbangkan setelah mengalami kecederaan semasa suku akhir antara Argentina menentang Wales.

RAGBI PIALA DUNIA PERANCIS 2023

Separuh Akhir

SABTU (21 OKTOBER)

Argentina lwn New Zealand, 3 pagi

AHAD (22 OKTOBER)

England lwn Afrika Selatan, 3 pagi