Dua kawasan catat bacaan IPU tidak sihat pagi ini

Iklan
Sejumlah 54 kawasan mencatatkan bacaan sederhana termasuk Shah Alam dan Petaling Jaya di Selangor. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Klang di Selangor dan Tangkak di Johor merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat jam 7 pagi ini, masing-masing pada 153 dan 112.

Menurut laman sesawang Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (Apims) Jabatan Alam Sekitar (JAS), 56 lagi kawasan di Semenanjung serta Sabah dan Sarawak merekodkan bacaan IPU sederhana (51-100).

Iklan
Iklan

Ia termasuk Seri Manjung di Perak (99), Petaling Jaya (95) di Selangor, serta Banting dan Johan Setia (MCAQM) di Selangor dan Cheras di wilayah Persekutuan - semuanya merekodkan bacaan 94.

Pada masa sama, 10 kawasan lain mencatat bacaan IPU baik iaitu kurang daripada 50.

Iklan

Ia termasuk Langkawi di Kedah (18), Kangar di Perlis (22) dan Kimanis di Sabah (26).

Bacaan IPU 0 hingga 50 menunjukkan kualiti udara adalah baik, 51-100 sederhana, 101-200 tidak sihat, 201-300 sangat tidak sihat dan melebihi 300 adalah berbahaya.

Iklan

Data IPU itu dikeluarkan setiap jam, berdasarkan 68 stesen pengawasan kualiti udara di seluruh negara. - Awani