Pemandu lari tinggalkan lori, jalan sesak 2 jam

Iklan
Lori yang ditinggalkan oleh seorang lelaki dipercayai warga asing ketika ditahan anggota JPJ berdekatan Bulatan Batu Caves dekat sini pada Selasa.

GOMBAK - [DIKEMAS KINI] Seorang pemandu lori dipercayai warga asing bertindak nekad melarikan diri ketika lori dipandunya ditahan anggota Jabatan Pengangkutan Jalan(JPJ) Kuala Lumpur berhampiran bulatan Batu Caves dekat sini pada Selasa.

Pengarah JPJ Kuala Lumpur, Mohd Zaki Ismail berkata, lori terbabit dipandu dalam keadaan mencurigakan sebelum ditahan anggota JPJ yang melakukan rondaan di sekitar lokasi kejadian.

Iklan
Iklan

"Lelaki terbabit memandu lori membawa batu dipercayai lebih muatan sebelum ditahan kira-kira jam 2 petang.

Beliau berkata, pemeriksaan dijalankan mendapati lesen kenderaan motor (LKM) lori terbabit telah tamat tempoh.

Iklan

"Lori tunda kemudiannya datang untuk menarik lori terbabit bagaimanapun pemandu lori tunda memberi alasan tidak mahu terlibat dalam kejadian.

"Kejadian mengakibatkan lintas sesak lebih kurang dua jam," katanya.

Iklan

Menurutnya, notis saman atas pelbagai kesalahan telah dikeluarkan ke atas lori terbabit dan tindakan diambil mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1986 (Akta 333) dan Kaedah-Kaedah di bawahnya.