Jururawat maut dihempap pokok

Iklan
Mary Ellen maut apabila kereta yang dinaiki bersama tiga lagi rakan sekerjanya tiba-tiba dihempap sebatang pokok dalam kejadian di Melbourne petang kelmarin. - Foto Agensi

MELBOURNE - Seorang jururawat maut apabila kereta yang dinaiki bersama tiga lagi rakannya dihempap sebatang pokok di Australia petang kelmarin.

Mary Ellen Molloy, 26, yang berasal dari Ireland dan bekerja di Royal Melbourne Hospital meninggal dunia manakala rakan sekerjanya yang turut berada di tempat duduk belakang hanya mengalami kecederaan.

Iklan
Iklan

Pemandu dan seorang lagi penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan.

Dalam kejadian itu, Marry Ellen bersama rakan-rakannya dikatakan dalam perjalanan pulang dari tempat kerja sebelum bahagian belakang kereta yang dinaiki mereka dihempap sebatang pokok secara tiba-tiba.

Iklan

Pihak hospital tempat Marry Ellen bekerja menyifatkan kematiannya sebagai satu kejadian yang menyayat hati menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan berhubung insiden itu.

Sementara itu, pasukan bola sepak Gaelic CLG Ard an Ratha tempat pakciknya, Anthony bermain turut memberikan penghormatan sambil menyifatkan Mary Ellen sebagai seorang gadis yang cantik dan murah dengan senyuman.

Iklan

"Sebagai sebuah komuniti, kami telah kehilangan satu lagi cahaya yang bersinar dan seperti biasa, kami akan melakukan apa sahaja membantu keluarga mereka," katanya.

Dalam pada itu, Jabatan Pengangkutan Australia dan pihak polis Victoria sedang menyiasat berhubung insiden tersebut. - Agensi.