McDonald’s Malaysia santuni kanak-kanak sepanjang Oktober

Iklan
Azmir (kiri, belakang) meraikan keceriaan kanak-kanak Yayasan An-Nur Maisarah Chemor yang menyambut hari jadi mereka sempena program Bulan Komuniti McDonald’s.

Raikan Bulan Komuniti McDonald’s

Azmir (kiri, belakang) meraikan keceriaan kanak-kanak Yayasan An-Nur Maisarah Chemor yang menyambut hari jadi mereka sempena program Bulan Komuniti McDonald’s.

IPOH - Seramai 90 anak yatim dari Yayasan An-Nur Maisarah merasa bertuah selepas meraikan sambutan hari jadi masing-masing bersama McDonald’s Malaysia dekat Chemor, di sini pada Khamis.

Iklan
Iklan

Sambutan itu merupakan inisiatif McDonald’s Malaysia menyantuni kanak-kanak yang kurang bernasib baik sempena Bulan Komuniti McDonald’s yang diadakan sepanjang bulan Oktober setiap tahun.

Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald's Malaysia, Datuk Azmir Jaafar berkata, pelaksanaan program itu adalah di bawah Program Komuniti McDonald’s dan Persatuan Kebajikan Ronald McDonald’s Malaysia (RMHC).

Iklan

"Program Komuniti McDonald's dan RMHC merupakan payung besar bagi segenap aktiviti kemasyarakatan yang dilaksanakan sepanjang tahun oleh McDonald's Malaysia. Aktiviti itu termasuklah pelaksanaan Bulan Komuniti McDonald’s ini.

Kegembiraan terpancar pada wajah anak-anak yatim Yayasan An-Nur Maisarah yang menerima sumbangan pek Kembali ke Sekolah daripada McDonald’s Malaysia sempena program Bulan Komuniti McDonald’s.

"Kali ini, kita memberi penumpuan terhadap kanak-kanak yang kurang bernasib baik,” katanya kepada Sinar Harian di sini.

Iklan

Majlis sambutan hari jadi di Yayasan An-Nur Maisarah itu merupakan program pembuka tirai Bulan Komuniti McDonald's bagi tahun ini dan akan diteruskan di rumah-rumah kebajikan kanak-kanak lain atau di rangkaian restoran McDonald’s di seluruh negara.

Dalam majlis itu, Azmir yang juga Presiden RMHC Malaysia turut menyampaikan sumbangan pek Kembali ke Sekolah kepada anak-anak yatim Yayasan An-Nur Maisarah termasuk barangan keperluan berjumlah RM5,000 untuk kegunaan yayasan itu.

Tambah Azmir, Bulan Komuniti McDonald’s pertama kali diadakan pada tahun 2017 yang mana program itu disusuli dengan pelbagai aktiviti menarik dalam meraikan kanak-kanak yang kurang bernasib baik.

Azmir (berdiri, empat dari kiri) bersama anak-anak yatim yang diraikan oleh McDonald’s Malaysia.

Justeru katanya, aktiviti meraikan haji jadi kanak-kanak ini dipilih khusus bagi memastikan program tersebut memberi impak besar kepada anak-anak yatim.

"Sambutan hari jadi merupakan antara peristiwa penting bagi seseorang individu. Setiap sambutan yang diadakan kita boleh melihat senyuman kegembiraan pada wajah anak-anak yang terlibat,” jelas beliau yang menyifatkan perasaan tersebut memberi motivasi kepada pihaknya untuk meneruskan inisiatif seumpama itu.

Pada masa sama, pelaksanaan Bulan Komuniti McDonald’s katanya merupakan satu cara untuk menyelami kehidupan sebenar golongan yang kurang berkemampuan.

"Hari ini, kita dapat menyelami dan memahami rutin kehidupan seharian mereka (anak-anak yatim) yang serba kekurangan. Dengan itu, kita dapat kumpulkan dana daripada masyarakat dan syarikat untuk membantu rumah anak-anak yatim di seluruh Malaysia,” ujarnya.

Azmir (kanan) menyerahkan sumbangan barang keperluan rumah berjumlah RM5,000 kepada Dr Fazillah (tengah) sambil ditemani Pengarah Komunikasi Korporat McDonald's Malaysia, Shamsidar Yahya.

Dalam pada itu, Azmir turut memaklumkan McDonald’s Malaysia akan meraikan sambutan hari jadi lebih 12,000 orang anak yatim dari 400 buah rumah kebajikan terpilih melibatkan peruntukan sebanyak RM300,000.

Sambutan hari jadi umpama mimpi

Kehadiran pasukan McDonald's telah mengukir senyuman buat 90 penghuni Yayasan An-Nur Maisarah selepas lebih tiga tahun 'sepi' tanpa sebarang keraian akibat pandemik Covid-19.

Selain menikmati makanan yang enak dari McDonald's, kanak-kanak turut teruja meraikan bersama selebriti, Fara Fauzana dan pempengaruh media sosial selain menyertai pelbagai aktiviti yang menyeronokkan sepanjang hari seperti permainan ‘belon beracun’, tarian dan permainan karnival.

Antara aktiviti yang disertai anak-anak yatim sempena Program Bulan Komuniti McDonald’s yang diadakan di Yayasan An-Nur Maisarah, Chemor, Ipoh, Perak.

Keceriaan anak-anak yatim ang berusia setahun hingga 17 tahun itu membuatkan Pengetua Yayasan An-Nur Maisarah, Dr Fazillah Nordin terharu dengan inisiatif yang dilaksanakan McDonald's Malaysia.

"Anak-anak yatim ini amat teruja menantikan sambutan hari ini. Sebelum majlis ini diadakan, mereka sentiasa menyebut mahu makan dan main banyak-banyak.

"Kita memang ada sambut hari jadi, tetapi tidaklah semeriah yang dibawa McDonald's pada hari ini. Seolah-olah mimpi bagi mereka,” jelasnya yang memaklumkan sambutan hari jadi itu merupakan pertama kali pihaknya menjalin kerjasama dengan McDonald’s Malaysia.

Kemuncak dan penutup tirai Bulan Komuniti McDonald’s, orang ramai berpeluang menyertai Karnival Famili Mekdi yang akan berlangsung d tiga lokasi terpilih iaitu di Perkarangan McDonald’s Putrajaya pada 28 hingga 29 Oktober ini dan Penang Auto City, Pulau Pinang (4 hingga 5 November) serta Mutiara Rini, Johor pada 10 hingga 11 November ini.