Avaland, AmBank jalin kerjasama pembiayaan hijau RM129.8 juta

Iklan
Heng Chong (tiga kiri) dan Sulaiman (tiga kanan) pada majlis sempena kerjasama pembiayaan hijau Ambank dan Avaland di Avaland Show Village di One City

AVALAND Bhd bekerjasama dengan Ambank dalam melaksanakan pakej pembiayaan hijau bernilai RM129.8 juta bagi fasa pertama pembangunan mampan terbaharunya, Alora Residences di Subang Jaya.

Dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM552 juta terdiri daripada 770 unit pangsapuri perkhidmatan dan lapan unit runcit telah mencapai kadar pembelian sebanyak 56 peratus sejak pelancarannya pada 26 Ogos tahun ini.

Iklan
Iklan

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Avaland Bhd, Teh Heng Chong berkata, saiz-saiz unit berkeluasan adalah di antara 923 kaki persegi dan 1,457 kaki persegi dengan harga bermula dari RM693,800 seunit.

Menurutnya, pembangunan itu selaras dengan Pelan Hala Tuju Kelestarian dilancarkan Avaland baru-baru ini bagi mengukuhkan komitmen syarikat serta menyepadukan ciri-ciri mapan dan mesra alam dalam semua projeknya.

Iklan

"Kami berbangga bekerjasama dengan AmBank untuk pelan induk 2Fifth Avenue kami dengan konsep inspirasi hijaunya (AmBank)," katanya pada majlis sempena kerjasama pembiayaan hijau Ambank dan Avaland di Avaland Show Village di One City Subang Jaya dekat sini.

Tambahnya, Avaland sedang berbincang untuk bekerjasama dengan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) bagi mengguna pakai rizab hijau seluas 2.428 hektar untuk ditukar menjadi linear komuniti di 2Fifth Avenue bagi manfaat masyarakat Subang.

Iklan

"2Fifth Avenue akan menjadi tempat di mana orang ramai boleh tinggal, bekerja dan bermain dengan cara yang mampan.

Heng Chong (kiri) dan Sulaiman (kanan) pada majlis sempena kerjasama pembiayaan hijau Ambank dan Avaland

"Sebagai tumpuan utama adalah untuk meningkatkan kesejahteraan dan gaya hidup orang ramai, 20 peratus daripada tapak pembangunan didedikasikan sebagai ruang hijau supaya penduduk dapat berehat di tengah-tengah persekitaran yang subur.

"Kami akan mencipta beberapa poket hijau berlapis dengan spesies tumbuhan hutan hujan di dalamnya pelan induk ke arah mewujudkan ekosistem yang pelbagai yang membantu mengurangkan pelepasan karbon," jelasnya.

Dalam pada itu, Heng Chong berkata, Avaland turut merancang untuk meningkatkan kebolehcapaian pembangunan melibatkan rangkaian jalan raya di sekeliling serta menghubungkan Stesen LRT USJ21 dengan pembangunan melalui jambatan pejalan kaki yang khusus.

"Sebagai pemaju yang bertanggungjawab, kita mesti merancang dengan berkesan dari awal mana-mana projek agar masyarakat masa depan dapat hidup, bekerja dan menghargai alam sekitar yang dicipta untuk memenuhi keperluan gaya hidup mereka.

"Kami percaya dengan konsep 'age-in-place' untuk pembangunan mampan terutamanya untuk pembangunan bercampur berskala besar seperti 2Fifth Avenue," ujarnya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Ambank Group, Datuk Sulaiman Tahir berkata, perkongsian strategik ini menekankan dedikasi AmBank yang tidak berbelah bahagi terhadap tanggungjawab alam sekitar dan kemajuan komuniti yang mampan.

"Kami benar-benar percaya dengan kuasa bertanggungjawab perbankan untuk mewujudkan impak positif yang berkekalan.

Heng Chong (tiga kiri) dan Sulaiman (tiga kanan) pada majlis sempena kerjasama pembiayaan hijau Ambank dan Avaland di Avaland Show Village di One City

"Dengan merapatkan bidang pembiayaan dan kemampanan, kita boleh membina komuniti yang bukan sahaja memenuhi keperluan masa kini tetapi juga memelihara daya hidup planet kita untuk generasi yang akan datang," katanya.

Beliau berkata, Ambank berbangga menjadi sebahagian daripada pencapaian Avaland dalam pelan hala tuju kelestariannya yang mengukuhkan komitmennya untuk menyepadukan ciri mampan dan mesra alam ke dalam projeknya.

"Kerjasama ini adalah bukti kepercayaan kami terhadap visi mereka dan satu langkah penting ke arah merealisasikan komuniti yang lebih hijau dan mampan di Subang Jaya," katanya.