AS sokong kekejaman rejim Israel: Hamas

Iklan
Seorang kanak-kanak perempuan Palestin cedera selepas kediaman keluarganya di Rafah dibedil jet Israel. - Foto Agensi

BAITULMAQDIS - Pergerakan Islam Hamas yang memerintah Semenanjung Gaza menuduh Amerika Syarikat (AS) menyokong kekejaman rejim Zionis selain berusaha menutup jenayah perang Israel di wilayah Palestin.

Jurucakap Hamas, Hazem Qassem berkata, tindakan AS menghalang siasatan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) terhadap salah laku Israel menguatkan lagi andaian itu.

Iklan
Iklan

Tambah Qassem lagi, bantahan keras AS itu umpama lampu hijau kepada Israel untuk melakukan lebih banyak pencabulan hak asasi manusia terhadap rakyat Palestin di Tebing Barat, Baitulmaqdis Timur dan Gaza.

"Tindakan As sudah dijangka. Mereka sedaya upaya mahu menutup perbuatan zalim Israel terhadap rakyat Palestin,” katanya.

Iklan

Pada masa sama, Qassem turut menuduh pentadbiran Presiden Donald Trump sebagai boneka Zionis kerana sentiasa tunduk dengan telunjuk Israel.

"Sudah banyak kemusnahan dan kerosakan di wilayah Palestin tetapi AS tidak berbuat apa-apa,” ujar Qassem.

Iklan

Semalam, Setiausaha Negara AS, Mike Pompeo menyifatkan ICC berniat jahat dan menyasarkan Israel secara tidak adil.

Katanya, Palestin bukan sebuah negara yang berdaulat dan oleh itu tidak layak diberikan keahlian penuh atau menyertai sebarang organisasi antarabangsa, entiti atau persidangan termasuk ICC.

Kenyataan Pompeo itu dibuat beberapa jam selepas ICC mengumumkan ia akan membuka siasatan penuh terhadap jenayah perang di wilayah Palestin.

Langkah ICC itu disambut gembira Palestin yang menyifatkannya sebagai langkah yang telah lama tertangguh sejak siasatan awal selama hampir lima tahun dijalankan berhubung perang di Gaza pada 2014. - Agensi