Tindakan pengeboman hospital Gaza adalah 'gila', tiada perikemanusiaan - Anwar

Iklan
Wanita dan kanak-kanak Palestin mencari kawasan selamat untuk berlindung selepas Israel melancarkan serangan membabi buta di Gaza. - Foto AFP

PUTRAJAYA - Tindakan pengeboman Hospital Al-Ahli al-Arab di Utara Gaza, sehingga menyebabkan 500 kematian termasuk wanita dan kanak-kanak, sudah sampai ke tahap gila dan tidak berperikemanusiaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, kerajaan Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan itu dan menggesa agar serangan perlu dihentikan serta-merta.

Iklan
Iklan

Katanya lagi, beliau juga kesal dengan sikap beberapa negara barat yang kononnya sering bercakap tentang soal kemanusiaan, tetapi berbeza nada dalam isu perang antara Palestin dan Israel.

"Perkembangan terakhir terkini mengenai serangan Israel itu agak keterlaluan, saya juga turut mengulangi beberapa kenyataan yang telah dibuat, mendukung beberapa kenyataan sesetengah pimpinan negara luar, yang menyatakan kesal dan mengecam pengeboman hospital di Gaza.

Iklan

"Apa pun yang dituduh, siapa pun, maknanya ini kesan daripada serangan dan perang. Sebab itu kita katakan sebaiknya hentikan. Ini masa untum kita redakan keadaan dan hentikan. Kalau teruskan ini mangsanya wanita dan anak-anak serta pesakit.

"Ini sudah sampai ke tahap 'gila' dan hilang perikemanusiaan, dan yang paling dikesalkan ialah negara barat yang bercakap soal hak kemanusiaan ini rupanya ada kategori, ada manusia kelas satu, ada manusia kelas hamba, dan ini kita bantah sekeras-kerasnya,” katanya.

Iklan

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Simposium bertemakan 'The Path Towards Greater Prosperity for Malaysia' di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), pada Rabu.

Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata, beliau telah dijemput untuk bertemu Putera Mahkota Arab Saudi, Muhammad Salman, yang juga Perdana Menteri negara itu bagi membincangkan isu yang melanda Palestin.

"Esok saya akan ke Riyadh, dan selepas Mesyuarat ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC), Perdana Menteri Mohamad Bin Salman minta saya hadir untuk lawatan sehari bagi berbincang, dan saya akan fikirkan keperluan untuk berbincang dengan beberapa kepimpinan sama ada saya perlu berjelajah ke beberapa negeri atau melalui telefon sahaja,” katanya lagi. - Awani