'Tiada perkahwinan sejenis didaftarkan dalam rekod Jakim' - Mohd Na'im

Iklan
Mohd Na'im - Foto Sinar Harian / MOHD HALIM ABDUL WAHID

KUALA LUMPUR - Tiada sebarang kes perkahwinan sejenis didaftarkan dalam rekod Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) atau Jabatan Agama Islam negeri di seluruh negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar menegaskan, dari sudut perundangan, Malaysia jelas tidak mengiktiraf perkahwinan sejenis dan ia tidak boleh didaftarkan.

Iklan
Iklan

Jelas beliau, mengikut Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam, hanya perkahwinan antara lelaki dan wanita sahaja dibenarkan untuk didaftarkan.

"Justeru, dalam rekod Jakim dan jabatan agama Islam negeri, tidak ada satu pun perkahwinan-perkahwinan yang melibatkan sama jenis yang didaftarkan.

Iklan

"Hatta, kalau perkahwinan itu berlangsung juga dan apabila pihak ini ingin mendaftar, ini sesuatu yang mustahil kerana undang-undang memang tidak membenarkan.

"Berbeza dengan perkahwinan iaitu yang berlangsung antara lelaki dan perempuan, (walaupun) dia berkahwin di Thailand dan datang kembali ke negara untuk berdaftar, yang mana perkahwinan itu sah ikut hukum syarak. Maka perkahwinan itu boleh didaftarkan.

Iklan

"Jadi terdapat perbezaan yang jelas yang mana perkahwinan yang bertentang dengan undang-undang sedia ada melibatkan lelaki dan perempuan, dan lelaki dengan lelaki atau perempuan dengan perempuan," katanya di Dewan Rakyat di sini pada Rabu.

Beliau menjawab soalan tambahan Aminolhuda Hassan (PH-Sri Gading), yang meminta sama ada terdapat pendaftaran perkahwinan sama jenis yang direkodkan sejak di bawah pentadbiran Datuk Seri Anwar Ibrahim. - Awani