Bantu kesan remaja perempuan 16 tahun hilang

Iklan
Mannimegalai dilaporkan hilang sejak 8 Oktober lalu. Foto: Ihsan PDRM

IPOH - Polis meminta bantuan orang ramai mengesan remaja perempuan berusia 16 tahun yang dilaporkan hilang sejak minggu lalu.

Remaja itu, R Mannimegalai yang beralamat di Taman Cempaka Sari dekat sini kali terakhir dilihat rumahnya sekitar jam 2.30 pagi pada 8 Oktober lalu.

Iklan
Iklan

Laporan kehilangan pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Perempuan itu dibuat ibu remaja terbabit di Balai Polis Ampang Bharu berhampiran.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lokasi remaja itu berada boleh menghubungi pegawai penyiasat kes, Inpektor Anis Safira Roslan di talian 018-7865440.

Iklan
Iklan

"Maklumat juga boleh disalurkan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di talian 05-2451500 atau tampil di mana-mana balai polis berhampiran," katanya.