Serang hospital: Majlis Keselamatan PBB adakan mesyuarat tergempar

Iklan
Penunjuk perasaan membakar bendera Israel di Rabat, Maghribi susulan lebih 500 orang terbunuh dalam serangan udara Israel ke atas Hospital Al-Ahli Baptist. - Foto EPA

NEW YORK - Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan mengadakan mesyuarat tergempar pada Rabu bagi membincangkan serangan ke atas Hospital Al-Ahli Baptist di Gaza, lapor Agensi Anadolu (AA).

Menurut kenyataan jurucakap PBB, mesyuarat itu dijadualkan pada 10 pagi waktu tempatan (1400GMT) dan akan dijalankan dalam format debat terbuka.

Iklan
Iklan

Sebelum ini, Rusia dan Emiriah Arab Bersatu bersama-sama menggesa sidang tergempar Majlis Keselamatan.

Lebih 500 orang terbunuh dalam serangan udara Israel ke atas Hospital Al-Ahli Baptist pada Selasa, menurut jurucakap Kementerian Kesihatan Ashraf al-Qudra kepada AA.

Iklan

Menurut wartawan agensi berita itu, beribu-ribu penduduk Palestin berada di hospital ketika bangunan itu dibom. - Bernama-Anadolu

Iklan