Kerajaan belum terima maklumat bantahan India

Iklan
Datuk Marzuki Yahya

KUALA LUMPUR - Kerajaan masih belum menerima sebarang maklumat mengenai dakwaan kerajaan India memanggil Pesuruhjaya Tinggi Malaysia semalam bagi mengemukakan bantahan terhadap kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Timbalan Menteri Luar, Datuk Marzuki Yahya berkata, pihaknya juga belum dimaklumkan mengenai kenyataan balas kerajaan India susulan kritikan Dr Mahathir terhadap penggubalan Akta Pindaan Kewarganegaraan (CAA) negara itu yang disifatkan tidak betul dan memudaratkan.

Iklan
Iklan

"Saya belum dapat apa-apa maklumat. Saya kena semak kembali perkara ini esok (hari ini)," jawabnya ringkas kepada Sinar Harian melalui kiriman WhatsApp hari ini.

Memetik laporan akhbar Times of India yang mendedahkan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia, Datuk Hidayat Abdul Hamid dipanggil kerajaan negara itu berikutan kritikan Dr Mahathir terhadap CAA dianggap salah dan tidak sensitif.

Iklan
Iklan