SHAH ALAM - Apabila rakyat telah hilang kepercayaan tidak ada gunanya lagi Senator P. Waytha Moorthy mengekalkan posisinya sebagai Menteri yang memegang portfolio Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional.
Presiden Pertubuhan Multaqa Asatizah dan Pendakwah Malaysia (Murshid), Dr Zaharuddin Abd Rahman berkata, apabila rakyat sudah hilang kepercayaan kepada kemampuan dan fungsi yang sepatutnya mengekalkan dan menggalakkan perpaduan di dalam negara, maka tiada lagi gunanya Moorthy berada di jawatan tersebut.
Zaharuddin berkata, dia juga bersetuju agar Waytha Moorthy dilucutkan jawatan sebagai menteri yang menerajui Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional itu.
"Saya setuju agar Senator Waytha Moorthy, sama ada dilucutkan jawatannya sebagai Menteri Perpaduan atau meletakkan jawatan secara terhormat,” katanya.
[ARTIKEL BERKAITAN: Petisyen desak Moorthy letak jawatan cecah 120k]
[ARTIKEL BERKAITAN: Lagi desak Moorthy letak jawatan]
[ARTIKEL BERKAITAN: Itu kisah lama, Moorthy]