KOTA BHARU - Polis Kelantan melupuskan pelbagai jenis dadah bernilai RM90.287 juta yang dirampas sepanjang 17 tahun bermula 2006 lalu.
Ketua Polis negeri, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, kesemua barangan kes itu akan dilupuskan di Pusat Pelupusan Sisa Pepejal Kualiti Alam Sekitar Sdn Bhd di Bukit Pelanduk, Melaka pada Khamis.