Gara-gara bakar sampah dalam rumah

Iklan
Mohd Zaini Ramli, 38, yang melecur di bahagian kepala kelihatan sugul mengenangkan nasibnya dan keluarga apabila rumah mereka musnah dalam kebakaran di Kampung Nechang hari ini. - Foto Bernama

TUMPAT - Dua rumah hangus dalam kebakaran di Kampung Nechang di sini hari ini dipercayai akibat tindakan seorang wanita pesakit mental membakar sampah di dalam rumahnya.

Che Romoh Adam, 68, berkata, dia membuat tanggapan itu berikutan wanita itu yang merupakan anak saudaranya dan mengalami gangguan mental sejak 30 tahun, telah tiga kali melakukan pembakaran di dalam rumahnya yang terletak bersebelahan rumahnya.

Iklan
Iklan

"Jika sebelum ini kebakaran hanyalah kecil dan sempat disedari namun kali ini turut memusnahkan rumah saya,” katanya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian.

Menurutnya, ketika kejadian dia sedang bermain dengan cucunya sebelum terdengar jeritan anak keduanya, Siti Fatimah Ramli, 35.

Iklan

"Kami terus keluar dari rumah sebaik melihat api di bahagian ruang tamu dan menjerit meminta pertolongan jiran. Saya tidak dapat menyelamatkan apa-apa kerana api merebak dengan pantas,” katanya.

Mohd Zaini Ramli, 38, sugul mengenangkan nasibnya dan keluarga apabila rumah mereka musnah dalam kebakaran di Kampung Nechang hari ini. - Foto Bernama

Che Romoh berkata, mereka enam sekeluarga tinggal sehelai sepinggang kerana tidak sempat menyelamatkan barangan kecuali sebuah kereta dan sebuah motosikal malah anak sulungnya, Mohd Zaini Ramli, 38, turut melecur di bahagian kepala ketika cuba menyelamatkan sebuah motosikal milik adiknya.

Iklan

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pengkalan Kubor Raja Arisansahseni Raja Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 8.59 pagi sebelum dua jentera dari BBP Tumpat dan Pengkalan Kubor tiba di lokasi kejadian kira-kira 15 minit kemudian.

"Sebaik tiba di tempat kejadian pihak kami mendapati dua rumah setingkat jenis sementara dan kekal itu sedang terbakar hampir 80 peratus dan api sedang marak. Dua keluarga yang menghuni kediaman berkenaan berjaya menyelamatkan diri," katanya.

Katanya, api berjaya dikawal kira-kira jam 9.23 pagi dan dipadamkan sepenuhnya kira-kira setengah jam kemudian. Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. - Bernama