Pengeboman hospital: Raja Jordan sifatkan jenayah perang paling hina

Iklan
Raja Abdullah - Foto EPA

AMMAN - Raja Jordan Raja Abdullah mengecam insiden pembunuhan kejam orang awam yang tidak bersalah, termasuk pesakit yang sedang menerima rawatan, lapor Agensi Berita Jordan (Petra).

Baginda bertitah perbuatan itu tidak boleh dibiarkan kerana ia jenayah perang yang amat kejam dan Israel perlu segera menamatkan pencerobohan ke atas Gaza.

Iklan
Iklan

Tindakan itu juga bertentangan dengan nilai kemanusiaan dan jelas tidak mematuhi undang-undang kemanusiaan antarabangsa, titah baginda.

Baginda turut mengingatkan bahawa peperangan yang telah memasuki fasa berbahaya itu akan mengheret wilayah berkenaan ke kancah bencana.

Iklan

Sementara itu, Perdana Menteri Bisher Khasawneh mengumumkan Jordan akan berkabung selama tiga hari sebagai menghormati mangsa yang terkorban.

Beliau berkata, sepanjang tempoh berkabung itu bendera negara Jordan di kementerian, institusi dan jabatan awam akan dikibarkan separuh tiang.

Iklan

Pada Selasa, Kementerian Kesihatan di Gaza dilaporkan berkata sekurang-kurangnya 500 orang terbunuh dalam serangan udara di Hospital Arab Al-Ahli yang terletak di tengah Gaza. - Bernama-Petra