Ikan kering kaedah tradisional

Iklan
Pengusaha ikan kering Muhammad Luqman Mohd Nor, 25, menjemur ikan selar untuk dijadikan ikan kering menggunakan kaedah tradisional dengan bergantung kepada cuaca panas untuk mengeringkan ikan sebelum dijual kepada pelanggan ketika tinjauan di Pantai Dalam Rhu hari ini.

Negara ketika ini berada pada Fasa Peralihan Monsun Timur Laut yang diramal berterusan sehingga November ini.

Fasa peralihan ini menyebabkan keadaan cuaca khususnya di Pantai Timur tidak menentu apabila dijangka berlaku ribut petir dan hujan lebat serta angin kencang.