Lam Thye gesa konflik Palestin-Israel ditamatkan segera

Iklan
Lee Lam Thye

SHAH ALAM – Aktivis sosial, Tan Sri Lee Lam Thye mengutuk sekerasnya-kerasnya serangan ganas Israel terhadap orang awam di Palestin hinggakan hospital di bom dan melibatkan ratusan kemalangan serta kehilangan nyawa.

Menurutnya, keganasan yang berlaku terhadap rakyat Palestin harus dihentikan bagi mengelak lebih banyak nyawa terutama kanak-kanak melayang.

Iklan
Iklan

"Negara lain tidak perlu campur tangan bagi menyemarakkan lagi api kebencian dan kemarahan yang boleh menambah luka serta duka jiwa yang tidak berdosa,” katanya kepada Sinar Harian dalam satu kenyataan pada Rabu.

Jelasnya, peperangan perlu segera ditamatkan kerana ia diumpamakan seperti gajah bergaduh pelanduk mati di tengah-tengah.

Iklan
Iklan