SHAH ALAM - Perikatan Nasional (PN) memutuskan tidak meletakkan calon untuk bertanding di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak, Sarawak.
Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, keputusan tersebut dibuat adalah untuk memberi tumpuan dalam mempertahankan kerusi Parlimen Kemaman dalam PRK yang diadakan pada 2 Disember ini.
Iklan
Iklan
"Pada masa sama, komponen-komponen parti dalam PN juga sedang sibuk menguruskan mesyuarat agung tahunan parti di peringkat cawangan, bahagian dan nasional,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Pada 19 September lalu, Sinar Harian melaporkan, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menerima permakluman rasmi kekosongan luar jangka kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak susulan kematian penyandangnya, Datuk Dr Talib Zulpilip.
Seterusnya, pada 11 Oktober, SPR menerima makluman kekosongan luar jangka bagi kerusi Parlimen Kemaman.