Warga emas tak bayar parkir didenda RM150

Iklan
Seorang lelaki yang mempunyai 55 tunggakan kompaun parkir, didenda RM150 oleh Mahkamah Majistret Telok Datok pada Rabu.

KUALA LANGAT - Seorang lelaki warga emas yang mempunyai 55 tunggakan kompaun parkir, didenda RM150 atau tiga hari penjara oleh Mahkamah Majistret Telok Datok di sini, pada Rabu.

Majistret, Khairul Fahri Yusob menjatuhkan hukuman itu selepas lelaki berusia lewat 60-an itu mengaku bersalah atas tuduhan tidak membuat bayaran parkir.

Iklan
Iklan

Warga emas selaku orang kena saman (OKS) itu dituduh mengikut kesalahan Perenggan Lapan, Perintah Pengangkutan Jalan (Peruntukan Tempat Letak) MDKL 2007.

Berdasarkan fakta kes, OKS didapati meletakkan kenderaan di tempat letak kereta tanpa membuat sebarang bayaran, sewaktu pemeriksaan dijalankan di Jalan Bandaran Banting di sini, pada jam 10.27 pagi, 27 Mei lalu.

Iklan
Iklan

Pendakwaan dalam kes ini dikendalikan Pegawai Pendakwa Kanan MPKL, Hasrizal Abd Rahim dan Pegawai Pendakwa MPKL, Ahmad Razali Abdul Manaf.