ANKARA - Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengutuk sekeras-kerasnya serangan Israel ke atas Hospital Arab Al-Ahli yang terletak di tengah Gaza dan menyifatkan tindakan itu sebagai 'keganasan terancang' dan 'jenayah perang'.
Dalam satu kenyataan bertulis pada Selasa, OIC menekankan bahawa blok 57 negara Islam itu mahu Israel bertanggungjawab atas perbuatan jenayah, keganasan dan serangan kejam terhadap rakyat Palestin.