Anjing kritikal makan biskut hiasan Krismas

Iklan
Marley terpaksa dikejarkan ke hospital haiwan bagi mengeluarkan reben yang dimakan bersama biskut hiasan.

DORSET - Seekor anjing jenis Labrador terpaksa menjalani dua pembedahan bagi menyelamatkan nyawanya setelah memakan lebih 30 biskut hiasan sempena sambutan Krismas.

Anjing yang diberi nama Marley berusia 7 tahun itu dibawa ke sebuah hospital haiwan selepas pemiliknya, Rachael Bulmer dari Bournemouth menyedari anjingnya tidak sihat.

Iklan
Iklan

Doktor haiwan di hospital Dorset PDSA melakukan pembedahan kecemasan dan telah mengeluarkan reben yang dilekatkan pada biskut yang dimakannya.

Sepanjang operasi selama tiga jam itu, pakar bedah berjaya mengeluarkan 34 reben hiasan dan beberapa ketul tulang yang boleh menyebabkan Marley maut akibat perut tersumbat.

Iklan

Bulmer, 37, berkata, selepas siap membakar biskut gingerbread, dia meletakkannya di dalam beg hadiah di atas meja di dapur untuk dijadikan hadiah pada sambutan hari Krismas.

"Saya fikir saya telah meletakkannya di tempat yang selamat tetapi saya lihat ada beberapa yang hilang dan tidak mengetahui siapa yang telah mengambilnya.

Iklan

"Selama bertahun-tahun Marley sememangnya tidak asing memakan makanan yang tidak sepatutnya dan kebiasaannya tidak memberikan sebarang masalah.

"Tetapi kali ini Marley berkelakuan pelik dan kelihatan seperti tercekik serta kesakitan sebelum memuntahkan beberapa helai reben," katanya semalam.