Rangka manusia: Sampel tulang, bendera Perak dihantar ke Jabatan Kimia

Iklan
Laporan Sinar Harian pada Isnin.

LUMUT - Polis telah menghantar sampel tulang dan cebisan kain termasuk bendera Perak bagi mengenal pasti identiti dua rangka yang ditemukan di atas bumbung bangunan sebuah syarikat di Sitiawan Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Mohamed Nordin Abdullah berkata, sampel itu telah dihantar ke Jabatan Kimia untuk tindakan lanjut bagi membantu siasatan kes tersebut.

Iklan
Iklan

"Punca kematian masih dalam siasatan berikutan ia memerlukan masa antara tiga hingga empat hari untuk dianalisis.

"Setakat ini belum ada petunjuk baharu namun ada beberapa waris yang tampil setakat ini," katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Iklan

Beliau turut meminta orang ramai yang ada kehilangan ahli keluarga supaya tampil bagi membantu siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sinar Harian pada Isnin melaporkan tengkorak dan serpihan tulang dipercayai milik manusia ditemukan seorang wanita di atas bumbung bangunan sebuah syarikat sekitar jam 10.20 pagi.

Iklan

Selain beberapa potongan pita lekat berwarna hitam, cebisan kain bercorak warna-warni, cebisan bendera Perak, turut ditemukan dua tengkorak manusia dalam dua bungkusan plastik serta sebilah pisau.