Detik ngeri nelayan diserang badak air

Iklan
Wanjiuku terperangkap di bawah sebuah pokok tumbang ketika mahu menyelamatkan diri daripada serangan badak air berkenaan.- Foto Caters News Agency/ Frederico Genovese

TASIK NAIVASHA - KENYA. Seorang nelayan berdepan saat getir apabila diserang seekor badak air ketika menangkap ikan di Tasik Naivasha, baru-baru ini.

Daily Mail melaporkan, Mathew Wanjiuku berada di tasik berkenaan yang menjadi tempat tinggal kira-kira 2,000 badak air untuk menangkap ikan ketika haiwan terbabit tiba-tiba menyerang.

Iklan
Iklan

Dalam usaha menyelamatkan diri, Wanjiuku terperangkap di bawah sebuah pokok tumbang, situasi itu menyebabkan haiwan berkenaan terus menggigit lengan, bahu serta badan lelaki terbabit.

Kejadian ngeri hampir 10 minit itu sempat dirakam jurugambar Frederico Genovese, 47, yang kebetulan sedang merakam hidupan liar di tasik tersebut.

Iklan
Mangsa hanya mengalami luka luaran akibat serangan itu.- Foto Caters News Agency/ Frederico Genovese

"Haiwan itu menggoncang kepala mangsa dengan ganas, ia turut menggigit dan kelihatan seperti cuba menghempapnya.

"Beberapa orang di tempat kejadian kemudian memegang kepingan logam, sementara rakan lain memukulnya menggunakan kayu untuk menghalau badak berkenaan, ia akhirnya melarikan diri.

Iklan

"Tanpa membuang masa, Wanjiuku berenang pantas ke tebing untuk menyelamatkan diri,” kata Genovese.

Wanjiuku segera dikejarkan ke hospital dan dilaporkan hanya mengalami luka luaran akibat serangan itu dan kini semakin pulih.- Dailymail