Jamaluddin Muhammad dilantik CEO Bernama

Iklan
Jamaluddin - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Ketua Pengarang Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Jamaluddin Muhammad dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) agensi itu berkuat kuasa esok.

Pelantikan itu diumumkan Pengerusi Bernama, Datuk Seri Wong Chun Wai dalam satu kenyataan pada Rabu.

Iklan
Iklan

Chun Wai berkata, pelantikan itu diputuskan oleh mesyuarat Lembaga Pengelola Bernama di sini hari ini.

"Kita berharap dengan pengalaman dan pengetahuan luas beliau, Jamaluddin dapat menerajui Bernama dalam menghadapi cabaran semasa industri media,” kata Chun Wai.

Iklan

Jamaluddin, 59, menggantikan Roslan Ariffin yang telah berkhidmat sejak Julai tahun lepas.

Jamaluddin merupakan lulusan jurusan Komunikasi Massa (Kewartawanan) Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan telah berkhidmat di agensi berita itu sejak 38 tahun lepas.

Iklan

Beliau pernah bertugas sebagai Ketua Biro Kedah, Ketua Biro Putrajaya, Koresponden Bernama di Thailand dan Editor Eksekutif Perkhidmatan Berita Dalam Negeri serta Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita Antarabangsa Bernama.

Lembaga Pengelola merakamkan setinggi penghargaan kepada Roslan atas perkhidmatan beliau. - Bernama