Ikrar Bebas Rasuah, Datasonic nyata sokongan kepada SPRM

Iklan
Tengku Abu Bakar (dua dari kiri) selepas menandatangani IBR di Kuala Lumpur Golf & Country Club pada Rabu.

SHAH ALAM - Kumpulan Syarikat Datasonic (Datasonic) menyatakan sokongan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam memerangi rasuah dan salah guna kuasa menerusi Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR).

Pengerusinya, Tengku Datuk Seri Abu Bakar Ahmad Tengku Abdullah berkata, Ikrar Bebas Rasuah tersebut merupakan salah satu usaha untuk meningkatkan lagi nilai integriti.

Iklan
Iklan

"Di samping itu, ia bertujuan untuk melahirkan modal insan yang lebih bertanggungjawab dan amanah dalam pelbagai aspek pelaksanaan tugas.

"Ia juga menunjukkan komitmen kami untuk menjadi sebuah organisasi telus yang mana ia akan meningkatkan kepercayaan pelanggan terhadap kualiti dan perkhidmatan diberikan,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Iklan

Ikrar Bebas Rasuah itu diketuai oleh Tengku Abu Bakar dan disaksikan Pengarah SPRM Wilayah Persekutuan Putrajaya, Azizul Ahmad Sarkawi.

Majlis IBR itu diperkenalkan oleh SPRM untuk memberi penekanan kepada barisan kepimpinan dan kakitangan Datasonic dalam memastikan setiap individu dapat meningkatkan integriti dan bertanggungjawab melaksanakan tugas serta menjauhi sebarang gejala rasuah.

Iklan

Mengulas lanjut, menurut Tengku Abu Bakar berkata, beliau berharap agar lafaz yang dibuat itu bukan sekadar memenuhi seruan.

"Sebaliknya, dijadikan sebagai pemangkin yang dapat meningkatkan lagi motivasi semua warga kerja untuk melaksanakan tugas dan seterusnya memberi nilai tambah kepada organisasi termasuk pihak pengurusan Datasonic,” ujarnya.