Tindakan PM tidak cerminkan jenama Madani, Rahmah - Muslimat Pas

Iklan
Nuridah (berdiri, kanan) ketika menyampaikan ucaptama sempena Muktamar Tahunan Dewan Muslimat Pas Malaysia di IDCC Shah Alam pada Rabu.

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini diuji dengan jenama Madani dan Rahmah apabila banyak tindakan Perdana Menteri tidak mencerminkan penghayatan sirah dan roh jenama tersebut.

Menurut Ketua Dewan Muslimat Pas, Nuridah Mohd Salleh berkata, antaranya adalah tindakan 'balas dendam' dengan menyekat peruntukan yang sepatutnya disalurkan kepada semua wakil rakyat tanpa mengira parti.

Iklan
Iklan

"Selain itu, 'menahan' pimpinan Perikatan Nasional (PN) dan membekukan akaun mereka, membatalkan program dan menggugurkan jemputan pendakwah yang bertauliah tanpa sebarang justifíkasi yang relevan, benar-benar berlawanan dengan agenda Madani dan Rahmah yang dicanang oleh kerajaan PH," katanya.

Antara perwakilan hadir sempena Muktamar Tahunan Dewan Muslimat Pas Malaysia IDCC Shah Alam pada Rabu.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama sempena Muktamar Tahunan Dewan Muslimat Pas Malaysia di Ideal Convention Centre (IDCC) Seksyen 15, di sini pada Rabu.

Iklan

Sehubungan itu, Nuridah berkata, Dewan Muslimat Pas ingin menarik perhatian pihak pemerintah agar membuat kajian semula terhadap amalan Madani dan Rahmah yang dicanang-canang selama ini.

"Sekiranya kepimpinan tidak mengamalkan 'kebenaran', maka rakyat akan menjadi lebih rosak lagi," tambahnya.

Iklan