Isu 3R: Kerajaan tak boleh buat peraturan tanpa penjelasan

Iklan
BERITA SEMASA 18 OKTOBER 2023

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata sesuatu peraturan yang dibuat bukan hanya keluar pada mulut pemimpin untuk dijadikan undang-undang, tetapi mesti melalui proses penggubalan undang-undang.

Tambahnya lagi, kerajaan tidak boleh membuat larangan berkaitan isu 3R tanpa ada penjelasan sebenar.

Hal ini kerana, akan ada pihak yang mengambil kesempatan menyalah guna larangan tersebut.

Muzik: Elevate dari bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #Pas