Tengku Zafrul teruja bakal terajui BAM

Iklan
Tengku Zafrul - Foto Bernama

TENGKU Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz meluahkan rasa rendah diri diberi kepercayaan untuk menerajui Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sebagai presiden baharu mulai awal tahun depan.

Beliau yang juga Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri melihat kepercayaan itu sebagai satu penghormatan yang besar, namun enggan membuat sebarang kenyataan sehingga berjumpa dengan ahli majlis BAM.

Iklan
Iklan

"Saya dengan rasa rendah diri amat menghargai keputusan yang dibuat oleh ahli majlis BAM. Saya teruja untuk bertemu mereka.

"Tidak adil untuk buat sebarang kenyataan sehinggalah saya bertemu dan mendengar pandangan daripada mereka,” katanya ketika ditemu bual menerusi podcast bersama BFM 89.9 baru-baru ini.

Iklan

Presiden BAM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria sebelum ini mengumumkan Tengku Zafrul dipilih secara sebulat suara oleh ahli majlis badan induk itu bagi menggantikan tempatnya bermula Januari depan.

Mohamad Norza pada Ogos lalu mengumumankan bakal mengosongkan kerusi nombor satu badan induk itu lebih awal - akhir tahun ini berbanding selepas tamat Sukan Olimpik Paris 2024.

Iklan

Tengku Zafrul juga mengakui harapan tinggi yang diletakkan untuk badminton memenangi pingat emas pada Sukan Olimpik Paris 2024.

"Mengenai sasaran emas (Olimpik Paris), kita lihat nanti,” jelasnya yang mahu menjadikan badminton sebagai 'alat' penyatuan semua rakyat Malaysia.

Malah, beliau turut menamakan bekas jaguh, Datuk Lee Chong Wei sebagai pemain badminton negara yang diminatinya.

"Sukan menyatukan semua. Selain bola sepak, badminton juga adalah sukan utama yang boleh menyatukan semua. Saya mahu lihat perkara itu di Malaysia,” ujar Tengku Zafrul.