Jenayah rejim Zionis tidak boleh dimaafkan - NGO

Iklan
Keadaan Hospital Al-Ahli selepas terkena serangan udara yang dilancarkan rejim Zionis Israel. - Foto EPA

SHAH ALAM - Tindakan rejim Zionis membedil salah sebuah hospital di Gaza merupakan satu jenayah besar yang tidak boleh dimaafkan.

Pengerusi Serantau Muslim, Mohd Hakim Mohd Nor mengutuk sekeras-kerasnya tindakan itu yang disifatkan melanggar hak asasi manusia dalam mendapatkan bantuan perubatan.

Iklan
Iklan

"Tindakan rejim Zionis itu jenayah perang biadab, tidak boleh dimaafkan dan melanggar norma kemanusiaan.

"Kami bersolidariti dengan seluruh suara umat Islam seluruh dunia untuk mengecam tindakan jahat Israel mengebom Hospital Al-Ahli yang telah mengorbankan nyawa bayi, wanita dan individu tidak bersalah,” katanya.

Iklan

Pada Selasa, sekurang-kurangnya 500 terkorban dalam serangan udara terbaharu Israel ke atas Hospital Al-Ahli yang sesak di Genting Gaza.

Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi MyAqsa Defenders, Ahmad Fahmi Shamsudin berkata, sejak berdekad lamanya Palestin berhadapan keangkuhan dan kekejaman Israel dalam merampas tanah sehingga terpaksa ‘bermandi darah’ untuk mempertahankan tanah didiami.

Iklan

"Saya tidak terkejut sama sekali dengan perilaku rejim Zionis kali ini kerana mereka sejak azali kejam dan tidak berperikemanusiaan. Ia membuktikan Israel sama sekali tidak mempunyai sikap belas ihsan kerana sanggup meletupkan tempat orang ramai menerima bantuan perubatan.

"Ini satu perbuatan yang tidak boleh diterima kerana ia merupakan satu pembunuhan secara besar-besaran,” katanya.

Ahmad Fahmi berkata, lebih memualkan apabila rejim Zionis bertindak seperti tidak bersalah kerana memutar belit fakta dengan menyatakan letupan itu bukan berpunca daripada mereka.