Alasan tumpang tidur rumah teman wanita, dekat tempat kerja

Iklan
PADK melakukan serbuan di sebuah rumah di Taman Mutiara, Sungai Kob di Karangan di sini, pada 12.13 tengah malam selepas menerima aduan awam. - Foto PADK

KULIM - Menumpang tidur di rumah teman wanitanya untuk memudahkan pergi dan pulang dari tempat kerja menjadi alasan seorang lelaki ketika dicekup berkhalwat oleh Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK) pada malam Rabu.

Pegawai Penguatkuasa Agama Daerah Kulim (PADK), Anwar Sharifudin Mat Saad berkata, lelaki berusia 23 tahun itu mendakwa rumah teman wanitanya itu dekat dengan tempat kerjanya.

Iklan
Iklan

Menurutnya, PADK melakukan serbuan di sebuah rumah di Taman Mutiara, Sungai Kob di Karangan dekat sini pada jam12.13 tengah malam selepas menerima aduan awam.

"Selepas mengetuk pintu serta memberi salam, seorang wanita membuka pintu dan membenarkan pemeriksaan dilakukan di dalam rumah berkenaan

Iklan

"Kami menemukan seorang lelaki berada di dalam bilik kedua rumah terbabit dan hasil soal siasat mendapati, kedua-duanya bukan pasangan suami isteri atau mahram dan tidur di bilik sama sehingga menimbulkan syak berlakunya maksiat," katanya pada Khamis.

Semasa kejadian, ibu wanita itu berada di rumah abangnya di Pahang, manakala bapa tirinya tiada di rumah di Taman Mutiara, Subgai Kob di Karangan, Kulim. - Foto PADK

Anwar Sharifudin berkata, siasatan lanjut mendapati lelaki terbabit mengenali wanita yang juga berusia 23 tahun itu tidak sampai setahun.

Iklan

Menurutnya, mereka bekerja di tapak pesta ria di taman perumahan terbabit manakala lelaki berkenaan menetap di Sungai Ular, dekat sini.

"Semasa kejadian, ibu wanita itu berada di rumah abangnya di Pahang manakala bapa tirinya tiada di rumah," ujarnya.

Tambahnya, pasangan terbabit telah dibawa ke Balai Polis Sungai Kob untuk laporan tangkapan sebelum diambil keterangan.

Mereka ditahan mengikut Seksyen 25 (a)(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014 kerana disyaki berkhalwat dan jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.