AEON BiG tawar ganjaran lebih RM211,000

Iklan
Pengarah Urusan AEON BiG, Sheikh Farouk Sheikh Mohamed bersama kenderaan SUV Proton X50 yang ditawarkan sempena kempen ‘Belanja Lebih, Menang Lebih’ AEON BiG.

Raikan para pelanggan setia sempena ulang tahun ke-11

Pengarah Urusan AEON BiG, Sheikh Farouk Sheikh Mohamed bersama kenderaan SUV Proton X50 yang ditawarkan sempena kempen ‘Belanja Lebih, Menang Lebih’ AEON BiG.

SHAH ALAM - Sempena sambutan ulang tahun ke-11, AEON BiG (M) Sdn. Bhd. (AEON BiG) menawarkan kempen ganjaran melebihi RM211,000 kepada pelanggan-pelanggan setianya.

Iklan
Iklan

Kempen ganjaran itu ditawarkan sebagai penghargaan terhadap sokongan berterusan daripada para pelanggan sejak AEON BiG memulakan operasinya di negara ini pada 1 November 2012.

Sambutan ulang tahun AEON BiG ini akan disambut dengan kempen ‘Belanja Lebih, Menang Lebih’ yang menawarkan pelbagai kejutan dan promosi istimewa

Iklan
Dengan tema kempen ‘Belanja Lebih, Menang Lebih’ sambutan ulang tahun itu turut menggambarkan komitmen AEON BiG yang sentiasa bersama rakyat Malaysia.

Pengarah Urusan AEON BiG, Sheikh Farouk Sheikh Mohamed, berkata, sambutan ulang tahun ke-11 itu merupakan detik penting kepada pihaknya yang mana penghargaan tersebut turut dikongsi dengan rakan-rakan strategik perniagaan termasuklah warga kerja pasar raya itu.

Iklan

"Justeru, sambutan ulang tahun AEON BiG ini akan disambut dengan kempen ‘Belanja Lebih, Menang Lebih’ yang menawarkan pelbagai kejutan dan promosi istimewa.

"Malah, para pelanggan setia juga turut berpeluang mendapat diskaun bermula 11 peratus sehingga 50 peratus,” katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

SHEIKH FAROUK

Tambah Sheikh Farouk, tawaran itu terbuka kepada semua pelanggan AEON BiG yang mana pelanggan hanya perlu berbelanja RM111 ke atas dalam satu resit di mana-mana 21 cawangan AEON BiG di seluruh negara.

Pelbagai hadiah menarik

Dengan tawaran setiap minggu sepanjang tempoh kempen yang bermula pada 19 Oktober hingga 26 November ini, AEON BiG turut menawarkan peluang kepada seorang pelanggan bertuah untuk memenangi hadiah utama berupa sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) Proton X50.

Hadiah utama itu turut disusuli dengan dua buah kereta Proton Saga Premium menerusi kerjasama AEON BiG dengan rakan strategiknya, Proton Holdings Berhad (Proton).

Selain Proton sebagai penaja platinum, kempen ‘Belanja Lebih, Menang Lebih’ turut disertai rakan niaga AEON BiG lain sebagai penaja emas iaitu Nestle, FGV, Mamee dan Tyson.

Malah, kempen ini turut disertai 130 buah syarikat lain yang merupakan penaja perak dan gangsa.

Pengalaman membeli-belah

Dalam pada itu, Sheikh Farouk turut berkongsi hasrat AEON BiG yang sentiasa berusaha untuk memberikan pengalaman membeli-belah yang unik serta luar biasa istimewa untuk para pelanggannya.

"Sejak hari pertama AEON BiG bertapak di Malaysia, kami amat komited dalam menyediakan pelbagai produk berkualiti tinggi pada harga kompetitif.

"Kami berbangga menjadi destinasi membeli-belah barangan keperluan kepada rakyat Malaysia daripada barangan runcit, dalaman rumah, pakaian dan banyak lagi di semua 21 cawangan AEON BiG di seluruh negara,” jelasnya.

Sheikh Farouk (kiri) bergambar bersama replika kunci SUN Proton X50 yang ditawarkan sempena kempen ‘Belanja Lebih, Menang Lebih’ AEON BiG.

Pada masa sama, beliau turut menyatakan AEON BiG mengutamakan perkhidmatan yang yang baik kepada para pelanggannya sebagai antara fokus utama kemampanan perniagaan.

AEON BiG turut mengukuhkan perniagaannya dengan melaksanakan pelaburan dengan menyediakan pelbagai insentif, kempen dengan kerjasama pelbagai pihak.

Langkah itu adalah untuk memastikan AEON BiG sentiasa memenuhi jangkaan pelanggan.

Kemampanan dan santuni pelanggan

AEON BiG juga mengambil inisiatif memastikan kemampanan alam sekitar dalam melaksanakan operasinya di negara ini. Usaha ini adalah untuk mengurangkan kesan pelepasan karbon di samping menggalakkan aktiviti kitar semula dalam kalangan pelanggan.

Selain itu, AEON BiG turut bersama-sama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengadakan Program Payung Rahmah bagi menangani kenaikan kos sara hidup golongan B4.

Malah, usaha tersebut turut diperluaskan dengan mengadakan Program Inisiatif Sukan Rahmah melalui Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Dalam pada itu, Sheikh Farouk menyatakan penghargaan tinggi terhadap warga kerja AEON BiG di atas dedikasi mereka yang berjaya meletakkan kepercayaan rakyat Malaysia terhadap rangkaian pasar raya itu.

"Warga AEON BiG adalah tunggak kejayaan syarikat yang tidak terkira banyaknya untuk perjalanan 11 tahun ini dan di masa akan datang,” jelasnya yang turut berharap AEON BiG kekal menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian rakyat Malaysia.