'Ulat' guna Vellfire 'pikat' pelanggan di KLIA 2

Iklan
Sebuah Toyota Vellfire dan Perodua Alza yang disita JPJ kerana dipercayai diguna untuk aktiviti kereta sewa haram di KLIA 2, Sepang pada Selasa. - Foto JPJ Selangor

SEPANG - Sebuah Toyota Vellfire antara tiga kenderaan pelbagai guna (MPV) yang disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kerana terlibat dalam aktiviti kereta sewa haram atau 'ulat' di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA 2), di sini pada Selasa.

Timbalan Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor, Ahmad Kamarunzaman Mehat berkata, dua lagi yang disita ialah Perodua Alza.

Iklan
Iklan

Menurutnya, tiga pemandu tempatan berusia lingkungan 27 hingga 47 tahun telah ditahan untuk siasatan lanjut.

"Siasatan awal mendapati 'ulat' itu mengenakan tambang kepada penumpang tempatan dan bukan warganegara dari Terminal KLIA2 ke Puchong dan destinasi sekitar Kuala Lumpur dengan kadar tambang sebanyak RM100 sehingga RM180 yang akan dibayar setelah sampai ke destinasi.

Iklan

Beliau berkata, mana-mana mereka yang didapati bersalah boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 205(1) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Tambahnya, sesiapa yang bersubahat melakukan aktiviti ‘ulat’ ini juga boleh didakwa mengikut Seksyen 243(1) di bawah akta yang sama.

Iklan

Jelasnya, penguatkuasaan ini akan dilaksanakan secara berterusan dari semasa ke semasa.

"Tindakan tegas akan diambil ke atas pemandu dan pemilik kenderaan yang menawarkan perkhidmatan kereta sewa tidak berlesen atau secara haram," katanya.