Neymar cedera lagi

Iklan
Neymar - Foto Agensi

PENYERANG Brazil, Neymar akan diketepikan selama beberapa bulan susulan perlu menjalani pembedahan selepas mengalami patah ligamen anterior cruciate (ACL) dan meniskus di lutut kirinya semasa perlawanan kelayakan Piala Dunia menentang Uruguay, kata FA Brazil (CBF).

Insiden berlaku ketika penyerang berusia 31 tahun itu terjatuh selepas bergelut untuk mendapatkan bola dengan pemain Uruguay, Nicolas de la Cruz pada minit ke-44 yang menyaksikan dia menahan kesakitan kaki kirinya.

Iklan
Iklan

Neymar, yang menandatangani kontrak bersama kelab Liga Pro Saudi, Al-Hilal pada Ogos, meninggalkan padang dengan tangisan di atas pengusung selepas menerima rawatan selama beberapa minit dan imbasan MRI pada Khamis mengesahkan kecederaan itu.

Sebagai rekod, kerjaya Neymar kerap dilanda isu kecederaan sebelum ini menyebabkan dia sering berada di bangku simpanan bekas kelab lamanya, Paris Saint-Germain (PSG) selepas mengalami kecederaan kaki kanan.

Iklan

Pada Piala Dunia 2014, dia turut mengalami kecederaan belakang ketika Brazil meraih kemenangan pada aksi suku akhir ke atas Colombia, menyebabkan dia terkeluar daripada kekalahan separuh akhir 7-1 kepada Jerman.

Di Rusia 2018, kecederaan sekali lagi menghalang impiannya untuk memenangi Piala Dunia apabila pada awal tahun itu, pergelangan kaki kanan Neymar terseliuh sekali gus menjejaskan metatarsal kelima di kakinya.

Iklan

Dia juga terlepas 16 perlawanan untuk PSG pada penghujung musim 2017-18 dan tidak pernah cergas sepenuhnya untuk Brazil di Rusia sehingga skuad Samba disingkirkan Belgium pada suku akhir.

Penyerang itu juga mengalami kecederaan sama pada 2019, 2021 dan pada Piala Dunia 2022, Qatar tahun lalu.

Awal tahun ini, dia menjalani pembedahan buku lali kanan yang memerlukan pemulihan selama lima bulan, sebelum meninggalkan PSG untuk menandatangani perjanjian dua tahun dengan Al-Hilal.