Verstappen intai gelaran ke-50

Iklan
Verstappen. - Foto AFP

PELUMBA sensasi, Max Verstappen mengintai peluang untuk merangkul gelaran ke-50 dalam kerjaya Formula Satu (F1) menjelang Grand Prix Amerika Syarikat (AS) di Austin, Texas akhir minggu ini.

Pemandu Red Bull itu memenangi saingan di Circuit of the Americas (COTA) dua tahun lalu, namun kali ini akan menyaksikan format perlumbaan pecut pada Sabtu sebelum perlumbaan sebenar sehari kemudian.

Iklan
Iklan

Pelumba berusia 26 tahun itu meraih kemenangan ke-14 daripada 17 perlumbaan dan merangkul kejuaraan dunia ketiganya di litar Lusail, Doha awal bulan ini.

Bapa Verstappen, Johannes Franciscus atau Jos mendedahkan anaknya enggan berputus asa untuk terus memburu rekod.

Iklan

Verstappen mengatasi rekod 41 kemenangan diraih juara dunia tiga kali, Ayrton Senna pada Jun lalu.

Kemenangan di Austin akan membolehkan pelumba Belanda itu mengekori rapat rekod juara empat kali Alain Prost yang meraih 51 gelaran awal tahun 1990-an.

Iklan

Jos memberitahu, anaknya bermotivasi tinggi untuk memberikan yang terbaik menjelang baki lima saingan musim ini.

Ini kerana katanya, Verstappen enggan terganggu dengan pemburuan rekod sebaliknya mahu kekal tenang dengan perlumbaan.

"Suhu agak tinggi jadi saya menjangkakan satu lagi perlumbaan yang sukar,” katanya.