KODIANG - Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kubang Pasu bergelut selama 25 minit sebelum berjaya menangkap seekor ular sawa batik di Batu 7 Kampung Guar Batu Hitam di sini pada Khamis.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kubang Pasu, Kapten (PA) Mohd Adenin Suhaimi berkata, tangkapan ular sawa itu dilakukan selepas Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) APM Kubang Pasu menerima panggilan pada jam 8.23 pagi daripada orang awam yang menjumpai reptilia itu dalam sebuah kandang kambing.
Iklan
Iklan
Beliau berkata, seramai empat anggota APM Kubang Pasu telah digerakkan dan tiba di lokasi kejadian sebelum melihat ular sawa batik telah menelan seekor kambing.
"Ular sawa batik lebih kurang seberat 140 kilogram (kg) dengan anggaran tujuh meter (m) berada di kandang kambing berhampiran rumah penduduk.
"Sehubungan itu, anggota APM Kubang Pasu terus bertindak menangkap terhadap ular tersebut untuk dibawa balik ke PKOD Kubang Pasu,"katanya dalam kenyataan pada Khamis
Mohd Adenin memaklumkan, ular sawa yang ditangkap kemudiannya diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).
Artikel Berkaitan