PRK DUN Jepak: Beri GPS menang percuma - Fadillah

Iklan
Fadillah ketika sidang media selepas majlis menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) antara Majlis Pensijilan Minyak Sawit Malaysia (MPOCC) dengan Halal Development Corporation Bhd (HDC) di kementeriannya, pada Khamis. - Foto Bernama

PUTRAJAYA - Yakin Gabungan Parti Sarawak (GPS) tetap menjadi pilihan rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak, Ketua Whip GPS, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata sebaiknya calon GPS bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN berkenaan, diberi kemenangan percuma.

Fadillah yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau yakin DUN Jepak akan kekal milik GPS pada PRK itu, sekiranya ada pertandingan di mana bukan sahaja menang tetapi juga menang bergaya.

Iklan
Iklan

"Jadi siapa nak bertanding, tidak payahlah. Bagi kita menang percuma. Buang duit sahaja. Simpan duit, simpan tenaga. Tunggu pilihan raya yang lebih besar,” katanya ketika ditemui pemberita selepas pemeteraian memorandum persefahaman (MoU), antara Majlis Pensijilan Minyak Sawit (MPOCC) dan Perbadanan Pembangunan Halal (HDC), di sini pada Khamis.

Semalam, Pengerusi GPS Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengumumkan bekas Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Iskandar Turkee, sebagai bakal calon GPS bagi PRK DUN Jepak, yang perlu diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Talib Zulpilip dari GPS, pada 15 September lepas.

Iklan

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan Sabtu ini sebagai hari penamaan calon untuk PRK tersebut, dengan 31 Oktober sebagai tarikh pengundian awal dan 4 November sebagai hari pengundian.

Fadillah berkata, Iskandar, 54, merupakan seorang yang berkredibiliti, dan pada usia yang cukup matang serta berpengalaman luas sebagai penjawat awam, dapat memberikan berkhidmat terbaik kepada masyarakat terutamanya di DUN Jepak yang merupakan kubu kuat GPS itu.

Iklan

Beliau berkata, GPS akan tetap ‘turun padang’ sekiranya ada pertandingan, bagi memastikan calon GPS itu bukan sekadar menang tetapi menang dengan bergaya. - Bernama