SHAH ALAM - Ahli Parlimen Alor Setar, Afnan Hamimi Taib Azamudden dipilih sebagai Ketua Pemuda Pas yang baharu bagi penggal 2023-2025.
Beliau yang menggantikan Ahmad Fadhli Shaari, menang tanpa bertanding pada sesi pemilihan Dewan Pemuda Pas Malaysia (DPPM) yang berlangsung sempena Muktamar Pas, pada Khamis.
Iklan
Iklan
Selain itu Pengarah Pilihan Raya Pemuda Pas, Mohd Hafez Sabri juga menang tanpa bertanding bagi jawatan Timbalan Ketua Pemuda di samping Setiausaha, Muhammad Hanif Jamaluddin, dilantik Naib Ketua Pemuda.
Dalam pada itu seramai 637 perwakilan turut memilih 12 ahli jawatankuasa kerja (AJK) DPMM antaranya Khairul Nadzir Helmi Azhar, Abdul Malik Ab Razak, Wan Abu Bakar Wan Mahussin dan Muhd Khidir Izaidin.
Keputusan tersebut menyaksikan lapan muka lama dan empat muka baharu.
Empat muka baharu yang membarisi AJK DPPM ialah Yusof Abdul Hadi, Hendri Hamshah, Mohd Harun Esa dan Muhd Khidhir Izaidin.