Rakyat Malaysia boleh salur sumbangan menerusi AAKRP

Iklan
Penduduk Palestin mencari mayat dan mangsa yang terselamat di dalam runtuhan bangunan kediaman yang diratakan dalam serangan udara Israel, di kem pelarian Khan Younis di selatan Semenanjung Gaza. - Foto EPA

PUTRAJAYA - Rakyat Malaysia boleh menyalurkan sumbangan melalui Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP) bagi membantu mengurangkan penderitaan rakyat Palestin akibat konflik terbaru yang berlaku di Semenanjung Gaza.

Kenyataan Kementerian Luar (Wisma Putra) pada Khamis menyebut sumbangan yang dibuat melalui AAKRP adalah layak dituntut sebagai potongan cukai pendapatan di bawah Subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967.

Iklan
Iklan

Sumbangan boleh dibuat ke akaun CIMB Islamic Bank Berhad (86-0030248-9) dan sebarang pertanyaan boleh dirujuk kepada Sekretariat AAKRP melalui alamat emel, aakrp@kln.gov.my.

AAKRRP ditubuhkan di bawah seliaan Wisma Putra dengan mandat untuk mengumpul, menyelaras dan menyalurkan sumbangan kemanusiaan daripada rakyat Malaysia kepada rakyat Palestin.

Iklan

Terdahulu, Bernama melaporkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kutipan AAKRP kini berjumlah RM81 juta dan menghampiri sasaran RM100 juta.

Berucap pada majlis penyampaian sumbangan tabung AAKRP di sini pada Khamis, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata kutipan besar dalam tempoh masa singkat itu menunjukkan solidariti Malaysia terhadap perjuangan rakyat Palestin.

Iklan

Anwar turut mengingatkan pihak yang mengutip derma untuk rakyat Palestin supaya sentiasa bertanggungjawab dan tidak mengambil kesempatan untuk kepentingan diri masing-masing. - Bernama