Joe Biden jadi 'hero hipokrit'

Iklan
Penunjuk perasaan membakar poster tertera imej Biden ketika protes di kem pelarian Palestin Ain al-Hilweh berhampiran bandar Sidon, selatan Lubnan. - Foto AFP

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden sedang berusaha mencari publisiti dengan menjadi ‘hero hipokrit’ sekembalinya beliau daripada lawatan singkat, kononnya sebagai simbol solidariti dengan sekutu kuatnya, Israel pada Rabu.

"Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi bersetuju untuk membuka lintasan sempadan Rafah yang menghubungkan Genting Gaza bagi membenarkan kemasukan kira-kira 20 trak bantuan kemanusiaan ke wilayah itu,” katanya yang cuba mempamerkan rasa empati terhadap nasib penduduk Palestin.

Iklan
Iklan

Menurutnya, persetujuan tersebut dicapai setelah beliau menghubungi al-Sisi ketika menaiki pesawat rasmi Presiden AS, Air Force One sewaktu pulang dari Tel Aviv.

"Penghantaran itu mungkin dapat dilakukan selepas Jumaat berikutan laluan ke sempadan Gaza yang rosak masih perlu dibaik pulih,” jelasnya sambil menambah, kumpulan pertama terdiri daripada 20 trak itu akan menjadi ‘ujian sistem pengagihan bantuan’ tanpa melibatkan Hamas yang mentadbir wilayah berkenaan.

Iklan

Biden turut mengugut Hamas jika ia menyekat bantuan tersebut.

"Ia akan dihentikan serta-merta jika Hamas campur tangan. Itu janji yang telah saya buat,” ujarnya dengan angkuh.

Iklan

Difahamkan, terdapat kira-kira 150 trak bantuan sedang menunggu lampu hijau untuk memasuki Gaza setelah kepungan haram sejak 2007 diperketatkan.

Sementara itu, jurucakap Presiden Mesir, Ahmed Fahmy turut mengesahkan al-Sisi dan Biden telah mencapai kesepakatan tentang penghantaran bantuan kemanusiaan ke Gaza secara mampan melalui terminal Rafah.

Ketika Biden bertemu dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, ia menzahirkan sokongan kuat apabila menyebut tentang laporan risikan AS yang cuba melindungi kekejaman rejim Zionis.

Biden secara melulu berkata, Israel tidak boleh dipersalahkan atas kejadian serangan ganas di Hospital al-Ahli Arab di Genting Gaza.

Beliau mendakwa kejadian itu kononnya berpunca daripada ‘roket sesat’ dilancarkan pejuang Palestin.

Sebelum ini, pemimpin itu sememangnya buta hati kerana berulang kali mempertahankan Tel Aviv ketika komuniti antarabangsa mengecam kezaliman Israel yang semakin melampau. - AFP