Lelaki direman disyaki milik pil kuda, heroin

Iklan
Seorang lelaki berusia 46 tahun ditahan reman selama tujuh hari sehingga 25 Oktober bagi membantu siasatan berkaitan dadah.

KOTA BHARU - Seorang lelaki berusia 46 tahun ditahan reman selama tujuh hari sehingga 25 Oktober bagi membantu siasatan berkaitan dadah.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Amran Dolah berkata, lelaki itu ditahan pada Rabu ketika serbuan di satu lokasi di Kampung Padang Rokma, Wakaf Bharu, Tumpat.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, polis merampas dadah dianggarkan bernilai RM10,066 dalam operasi kira-kira jam 8 malam itu.

"Ujian saringan urin mendapati suspek positif morfin dan memiliki lapan rekod kesalahan lampau berkaitan dadah," katanya melalui kenyataan pada Khamis.

Iklan

Beliau memberitahu, kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Seksyen 12(2) ADB 1952 dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.

Amran memaklumkan, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan jenayah penyalahgunaan dadah diminta menyalurkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Tumpat di talian 09-7257222 atau di balai-balai yang berdekatan.

Iklan