Terbuka Denmark: Aaron-Wooi Yik lakar kejutan mara ke suku akhir

Iklan
Aaron (kanan) dan Wooi Yik mara ke suku akhir Terbuka Denmark setelah menewaskan pasangan Indonesia dalam saingan pusingan kedua di Odense pada Khamis. - Foto Badminton Photo

BEREGU lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik melakar kejutan apabila mara ke suku akhir Terbuka Denmark setelah menundukkan bekas juara dunia tiga kali dari Indonesia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan sebentar tadi.

Pasangan nombor empat dunia itu tewas pada set pertama 16-21 sebelum bangkit mempamerkan kebangkitan untuk menang 21-5 bagi mengheret permainan ke set penentuan dalam aksi yang berlangsung di Arena Jyske Bank, Odense.

Iklan
Iklan

Pengalaman Ahsan-Hendra nyata bukan halangan buat Aaron-Wooi Yik untuk mengesahkan kemaraan ke kelompok lapan terbaik setelah menang set penentuan 21-15 dalam aksi yang berlangsung selama 41 minit.

Kejayaan tersebut melebarkan kemenangan Aaron-Wooi Yik ke atas pasangan nombor 10 dunia itu kepada lima hasil daripada 13 pertemuan di pentas antarabangsa.

Iklan

Dalam saingan suku akhir kejohanan berstatus 750 itu, pasangan negara akan menentang He Ji Ting-Ren Xiang Yu dari China yang menewaskan gandingan tuan rumah, Rasmus Kjaer-Frederik Sogaard 21-15, 21-5 pada pusingan kedua.

Minggu lalu, Aaron-Wooi Yik yang meraih pingat gangsa Sukan Asia Hangzhou 2022 terpaksa akur apabila tersingkir pada pusingan pertama Terbuka Artik di Vantaa, Finland selepas tewas di tangan rakan senegara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun yang menjadi naib juara di kejohanan tersebut.

Iklan