Zii Jia mara suku akhir Terbuka Denmark

Iklan
Zii Jia

PEMAIN perseorangan lelaki sensasi negara, Lee Zii Jia mengesahkan kemaraan ke suku akhir Terbuka Denmark selepas lawannya, Viktor Axelsen menarik diri di pusingan kedua.

Zii Jia mendapat kemenangan percuma selepas pemain tuan rumah berstatus nombor satu dunia itu menarik diri susulan kecederaan di kaki kirinya.

Iklan
Iklan

"Pilihan utama Viktor Axelsen terpaksa menarik diri dari Terbuka Denmark 2023 kerana kecederaan pada kaki kirinya.

"Keputusan di pusingan 16 itu membolehkan lawannya Zii Jia mara ke suku akhir," kata Persekutuan Badminton Dunia (BWF) dalam satu kenyataan pada Khamis.

Iklan

Keputusan itu menyaksikan Zii Jia bakal bertemu pemain Jepun, Kenta Nishimoto pada aksi suku akhir, pada Jumaat.

Nishimoto mara selepas menewaskan pemain Taiwan, Chou Tien Chen, 10-21, 21-19, 21-14 di Arena Fyn, Odense

Iklan